Wednesday, April 18, 2012

Rezeki bertambah lepas kahwin..syukur alhamdulillah

Begitu lama aku tk update blog ni, selepas kahwin mmg langsung tk pernah update walaupun banyak cerita suka dan duka selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Tapi walau apa pun masalah aku tetap redha dan hadapi dengan tenang sebab adanya isteri tersayang di sisi sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ada dalam kepala ni.

Mulai 1 April 2012 aku dah tk kerja di Jupem lagi sebab aku dah dapat kerja lain, gaji pun lain. Alhamdulillah ini la yang dikatakan rezeki anak. Sekarang isteri aku dah mengandung 4 bulan lbh. InsyaAllah bulan 9 nnt kami bakal menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga aku.Kenapa aku dah tk kerja kat Jupem?? 1st kontrak dah tk sambung sebab nak melayan karenah birokrasi JPA yang mcm2 tu. Bayangkan la Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang kerja dgn slogan ''Berkhidmat Untuk Negara" tu pun kontrak tk disambung. 2nd aku dah tk tahan tiap2 bulan dapat gaji lambat! itu la nasib pekerja kontrak kat Malaysia ni. Tp bukan semua agensi la cmtu..aku pun tk fhm la mcm mana pengurusan dorang semua ni. 3rd sikap pegawai atasan..sedap mulut je ckp kami yang staf kontrak ini tk reti2 nk cari keje lain. Pergh!! tk pe..tk kena batang hidung korang sendiri boleh la cakap. Zaman skrg tk sama mcm zaman dulu2 nk dapat kerja susah. 

Tapi apa pun aku bersyukur sebab selama 4 tahun 1 bulan aku dpt bertahan kat Jupem tu. Skrg  aku kerja dgn CIDB lak iaitu badan berkanun. Kat sini best sb staf kontrak dgn tetap sama je layanan. Gaji pun on time! 23hb mesti masuk.Layanan sama rata...tk de la rasa mcm melukut di tepi gantang. Kalau dulu ms kat Jupem mcm pengemis tiap2 bulan bila time gaji mesti nk kena tnya2 kat kewangan.Skrg tk pyh dah..relax je tk pyh nk fotostat punch kad, htr surat offer la, ic la, ntah apa2 punya sistem aku pun tk fhm kat Jupem tu. CIDB senang je tk byk karenah..dipendekkan cerita aku suka tempat baru, environment baru, sistem baru, tugas baru, jawatan baru..semua OK tapi aku tetap tk leh lupakan dan tinggalkan kawan2 baik aku kat Jupem tu. Walaupun dorang tu boleh dikategorikan Otai tapi aku selesa n seronok sb ada org nk bg nasihat, sokongan, dorongan dan pendapat yang baik2 pada aku. Kat CIDB lak keliling aku majoriti org muda yang lebih kurang sebaya dgn aku.

Share

Tuesday, May 10, 2011

Selamat tinggal zaman bujang!

hurmm...kalau ikut kiraan hari hanya tinggal lbh kurang 25 hari je lagi untuk aku menamatkan zaman bujang. Selepas sah je bergelar suami secara automatiknya tanggungjawab aku semakin berat. Tapi seberat mana pun tanggungjawab tu mestilah ada assistant kan? off course isteri aku nnt pun secara tk langsung terlibat sama. 

Ok la nk citer pasal persediaan dan persiapan..so far setakat ni alhamdulillah semua bjalan dengan lancar. Perkara pertama yang aku buat selepas dapat tarikh untuk nikah ialah booking dewan dulu dlm masa 2 hari aku bertungkus lumus cr dewan. Mula2 aku pergi ke MPAJ untuk booking dewan, tapi hampa sebab tarikh yang aku pilih iaitu 11 Jun tu dah ada org booking. So aku try cr tarikh lain..setelah dipertimbangkan aku pilih 4 Jun alhamdulillah dpt! kebetulan ada org cancel. So dgn rasminya 4 Jun tarikh utk kami bersanding.

Maka bermulalah urusan permohonan nikah.1st amk borang kat PAID (Pej Agama Islam Daerah), then isi borang pastu pegi klinik booking date untuk ujian HIV..lbh kurang 2 minggu br dpt buat ujian HIV tu. Selesai ujian tu hantar borang ke PPN (Pen.Pendaftar Nikah - Imam Kariah) sebelum tu dapatkan tandatangan 2 org saksi dahulu, kemudian dapatkan pengesahan dari Imam tersebut kemudian hantar semula ke PAID utk dptkan surat kebenaran nikah. Dalam masa 1 hari dah boleh dapat surat kebenaran nikah tu jika tk ada masalah. Masa hantar borang kebenaran nikah tu dah boleh terus booking date untuk nikah dgn PPN. So mcm aku nnt nikah 3hb Jun..sebelah malam.

(sambung kemudian laa..dah ngantuk)
Share

Thursday, March 31, 2011

Seronok + Sayu + Sedih

Seronok sebab kad jemputan kahwin dah siap and then ms pegi amk kad dpt gk tgk draft bunting, dpt free beb bedal aje la..dpt 2 lak tu, yang tk bestnya bila bw blk rumah kad, sampul dgn kotak isi telur tak cukup lak sb ada yg rosak. Ish! bengang jgk ni dah la aku kena pegi amk sorg2 kat kedai tu, parking dlm bgunan pertama complex lak full tpaksa parking kat Campbell pastu kena lak menapak jalan kaki jauh lak tu. Nasib baik kwn ofc ikut sebab kebetulan dia nk tempah baju untuk majlis pertunangan dia. Jadi dah alang2 aku ajk dia teman at least dpt gk dia tolong bw brg aku sikit2. Tk dpt bayangkan kalau aku pegi sorg td sure 3rd round aku kena turun naik. Berpeluh2 aku mengangkat..berat giler! 4-5 kali gk la aku dgn kwn aku tu stop tgh2 jalan dgn keadaan cuaca yang panas terik lg. Adoyaii...alhamdulillah dah settle lps ni tgal nk pegi amk bunting je hari jumaat br siap. Tp tk pe lah bila2 masa je leh amk yang penting kad amk dulu sb nk edar pd sedara mara kat Perak..kebetulan sepupu aku kahwin 3hb Apr ni so alang2 dh blk Perak nnt leh la jemput semua sedara mara yang ada kat sana. Nk cut cost la katakan kalau tidak nnt kena pegi jemput sorg2 leceh...dah alang2 dorg dtg kenduri sepupu aku tu mak aku nk jemput terus je la. Selamat....

Bunting ni dpt free je kalau nk buat kena tgu ada yg sponsor ktorg la..ahahaa


Kedai kasi 2 bunting free so ada 2 design la..


Ok sambung blk..entri kali pasal sayu lak, hari ni perasaan aku sayu je bila tgk muka sahabat aku kat pejabat.Raut muka dia penuh dgn 1001 tanda tanya..ntah betul ke tk? I guess je ok..tp mmg nmpk sgt. Dia berubah, aku pun berubah jgk la konon2nya 'what u give u get back' tp sebenarnya hati tk sampai nk buat gitu tp kkdg kena fikir gk diri sendiri walaupun org tk fikir tentang kita..layan aje perasaan tu.. hanya masa dan keadaan yang akan menentukan sama ada keadaan boleh berubah seperti sediakala atau kekal mcm ni. Berserah je la pd Allah dia Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di sebalik kejadian ini. 

Hari ni ada 2 berita sedih...tapi buat2 relax aje la, dan aku tk nk share kat dlm blog aku ni. Cukup sekadar aku nyatakan yang aku mmg sedih apa yang dah terjadi pada kawan2 aku skg ni. Apa pun doa yang terbaik untuk dorg semua..semoga ada jalan penyelesaian terbaik. InsyaAllah
Share

Thursday, March 24, 2011

Keseronokan memberi..

Keseronokan memberi? beri apa? pada siapa? itu semua terletak pada keikhlasan hati masing2 tak ada sape boleh pertikaikan keikhlasan hati kita dalam memberi apa2 jua bantuan, pertolongan, harta, wang atau apa2 yang bersifat material atau bukan material. Dengan memberi juga dpt menunjukkan bagaimana cara kita untuk menghargai atau dihargai. Tetapi haruslah diingat setiap apa yang kita lakukan mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah taala dan jangan sesekali mengharap balasan atas pertolongan yang telah kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Agung.

Tidak rugi kita berbuat baik sesama manusia kan? pahala dapat, hati seronok, hidup bahagia dan paling mustahak ia merupakan salah satu cara untuk bahagiakan diri sendiri tapi jangan sampai kena pijak pulak. Bak kata Ms. Mastura (teacher B.I ms skolah) buat baik berpada-pada, buat bodo jangan sekali. Aku dah jumpa mcm2 jenis org, ada yang baik dgn kita ms dia susah je..bila dah senang buat dek je walaupun kesalahan kita tu kecik je. Ibarat kacang lupakan kulit. Tp ada jugak yang betul2 ikhlas dgn kita, apa pun kita nk buat dia ambil tahu dan sedia menawarkan bantuan..ini la baru dikatakan kawan menangis, bukan setakat kawan ajak sembang pekena teh tarik kat kedai or whatever. Zaman skrg ssh nk jumpa org mcm ni...betul tak?

Aku dah tk kisah dah sebab aku dah tau sape kawan yang boleh ketawa dan menangis dgn aku. Aku tau ada jgk kawan jenis yang bila dapat kawan baru..kawan lama dia lupa dan tinggalkan. Kwn cmni elok la jauh2kan..tak de faedah nk terhegeh2 kat dia. Apa yang penting lepas ni aku akan masuk fasa baru di mana segala2nya akan berubah. 
Share

Sunday, March 20, 2011

Pre Wedding konon2nya..

Gambar yang aku publish kat sini sekadar nk share je dgn korg2 semua. Ni kira pre wedding la amik gmbr sb nk htr kat kedai kad kahwin untuk buat bunting. Dorg kasi free 2 bunting sebat aje la..nasib la adik aku ada dia yg tolong shoot gmbr aku dan ina. Lokasi photo shoot ni buat kat rumah je, masa ni dah mcm studio rumah aku siap dgn lighting bagai cewahh!! ..maklumla adik aku photographer. Kredit untuk adik aku dan husband dia sebab byk tolong kami. Aku ni mmg tk reti nk pose so adik aku la ajar...hik hik hik.. 


Setelah hampir 2 jam shoot gambar ni la yg kami pilih untuk 
dijadikan bunting nnt org kedai tu crop la so background sekadar hiasan aje..



Ish...naik seram gak aku sebelum ni kitorg mana pernah amik gmbr dua2 dok rapat2 lak tu. At least masa hari persandingan aku nnt ms amk gmbr tk da la gugup sgt nk rapat2 serius beb aku mmg tk reti nk pose sgt. Kwn2 aku ckp aku ni kalau amk gmbr mcm kayu je..cis! tk pe..aku akn buktikan nnt. Tunggu.. Share

Tuesday, March 15, 2011

Ujian saringan HIV

Alhamdulillah hari ni selesai buat ujian pemeriksaan kesihatan dan ujian saringan HIV. Yeayy!! hanya beberapa langkah lagi untuk aku selesai buat urusan permohonan nikah. Ssh gk nk kawin ni mcm2 nk kena buat. Tapi tk kisahlah sebab semua senang je, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami berdua.

Syukur..masa buat pemeriksaan td semua normal.
Paras gula ~ 5.3 normal
Kolesterol ~ 4.8 normal
Tekanan darah ~ 133/88 normal
BMI ~ 19.5 normal
Ujian HIV ~ Passed! 

Share

Monday, March 14, 2011

Pedih betul hati ni...

Dalam kesibukan membuat persiapan majlis perkahwinan aku yang hanya tinggal lebih kurang 2 bulan setengah je ni..mcm2 perasaan dtg silih berganti. Macam2 perkara aku lalui hari demi hari tk kira lah sedih, kecewa, suka, duka memang dah lumrah hidup mcm tu...hadap aje lah. Sampai skrg hati aku masih tk tenang lagi. Berat sungguh ujian dan dugaan aku..kalau tgk pd luaran aku ni nmpk aku mcm tk da masalah tp sebenarnya bertimbun masalah dok dalam kepala. Aku cuba settlekan sebaik mungkin satu persatu tk kiralah masalah kerja, peribadi, keluarga, kawan dan macam2 lagi lah. Aku rasa dah penat sgt terutama nk jg hati org tp org tk prnh nk jaga hati aku ats kebaikan yang aku buat selama ni. Malah dorg pijak2 kepala aku..sabar aje laa..tp sampai bila aku kena bersabar?? 


Aku ada beli sebuah buku bertajuk 'Bila Allah Menduga Kita', buku tu amat2 membantu aku utk menghadapi hari demi hari aku yang penuh dgn masalah ni.Kira mcm buku motivasi la jugak yelah tk da sapa nk motivasikan aku lagi lps ni semua benda aku kena fikir dan aku kena buat keputusan. Tk hbs lagi baca buku tu tp input yang cuba nk disampaikan penulis aku dpt jgk la sikit2..aku akan cuba hbskan baca buku tu sebab saban hari aku rasa moral aku makin down and down lagi2 apabila fikirkan masalah dgn kawan. Apalah salah aku...??



Share