Thursday, August 23, 2012

Sabar menunggu kehadiran orang baru

Hanya tinggal beberapa minggu je lagi untuk kami menimang cahaya mata pertama setelah setahun mendirikan rumahtangga. Syukur alhamdulillah Allah bagi hadiah yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga iaitu zuriat sendiri. Skg kandungan isteri aku sudah masuk 9 bulan, ikut perkiraan lebih 2-3 minggu sahaja lg utk baby deliver..hoiyehh! seronoknya..harap2 segala2nya berjalan dgn lancar. Mudah-mudahan isteri selamat bersalin dan baby pun selamat.

Segala persiapan menyambut kehadiran orang baru telah dibuat seawal kandungan berusia 5 bulan. Nak tau kami bakal mendapat baby apa?? Biarlahhh rahsia...kami mmg dah tau jantina baby. Akulah orang yang paling excited nak tau jantina bakal anak kami. Sama ada lelaki atau perempuan kami tk kisah yang penting sihat dan aktif. Alhamdulillah doktor bgtau baby kami boy..mula2 mcm tk confident je tp bila dh tau terus g shopping brg2 baby. Ahaks! tapi dlm hati msh ragu2 betul ke tidak ni. Biarlah Allah yang tentukanNya..Setelah kandungan masuk bulan ke 7 pergi scan sekali lagi doc kata mmg confirm baby boy! hoiyehhh...pada asalnya nk tgk muka baby tp baby malu tk mau tunjuk muka dia, agk2 hensem mcm abah dia tak.? kui..kui..kui..

Skg ni dalam fasa terakhir saat-saat menunggu kehadiran orang baru..boleh dikatakan dalam mode standby tapi belum bunyi siren lagi. Hehehee...InsyaAllah aku dah ready untuk menjadi seorang bapa dan hopefully semua berjalan lancar. Segala persiapan untuk menanti detik-detik cemas telah disediakan. Buku merah, GL, brg2 kelengkapan bayi dan isteri semua dah standby dalam kereta. Skg ni pun aku dah stop outstation. Bos pun dah bagi green light...syukur alhamdulillah dapat bos yang penyayang dan memahami. Last scan baby seminggu sebelum raya, doc ckp baby dah dok bawah dan rapat sgt dengan pintu rahim. Doc ckp baby mcm tk sbr nak keluar. So doc aspect mayb baby kami keluar awal dari jangkaan due. Tak henti2 aku berdoa pada Allah supaya dipermudahkan isteri bersalin dan kedua-duanya selamat semasa proses bersalin nanti. Doakan kami yer..
Share

No comments: