Wednesday, April 18, 2012

Rezeki bertambah lepas kahwin..syukur alhamdulillah

Begitu lama aku tk update blog ni, selepas kahwin mmg langsung tk pernah update walaupun banyak cerita suka dan duka selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Tapi walau apa pun masalah aku tetap redha dan hadapi dengan tenang sebab adanya isteri tersayang di sisi sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ada dalam kepala ni.

Mulai 1 April 2012 aku dah tk kerja di Jupem lagi sebab aku dah dapat kerja lain, gaji pun lain. Alhamdulillah ini la yang dikatakan rezeki anak. Sekarang isteri aku dah mengandung 4 bulan lbh. InsyaAllah bulan 9 nnt kami bakal menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga aku.Kenapa aku dah tk kerja kat Jupem?? 1st kontrak dah tk sambung sebab nak melayan karenah birokrasi JPA yang mcm2 tu. Bayangkan la Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang kerja dgn slogan ''Berkhidmat Untuk Negara" tu pun kontrak tk disambung. 2nd aku dah tk tahan tiap2 bulan dapat gaji lambat! itu la nasib pekerja kontrak kat Malaysia ni. Tp bukan semua agensi la cmtu..aku pun tk fhm la mcm mana pengurusan dorang semua ni. 3rd sikap pegawai atasan..sedap mulut je ckp kami yang staf kontrak ini tk reti2 nk cari keje lain. Pergh!! tk pe..tk kena batang hidung korang sendiri boleh la cakap. Zaman skrg tk sama mcm zaman dulu2 nk dapat kerja susah. 

Tapi apa pun aku bersyukur sebab selama 4 tahun 1 bulan aku dpt bertahan kat Jupem tu. Skrg  aku kerja dgn CIDB lak iaitu badan berkanun. Kat sini best sb staf kontrak dgn tetap sama je layanan. Gaji pun on time! 23hb mesti masuk.Layanan sama rata...tk de la rasa mcm melukut di tepi gantang. Kalau dulu ms kat Jupem mcm pengemis tiap2 bulan bila time gaji mesti nk kena tnya2 kat kewangan.Skrg tk pyh dah..relax je tk pyh nk fotostat punch kad, htr surat offer la, ic la, ntah apa2 punya sistem aku pun tk fhm kat Jupem tu. CIDB senang je tk byk karenah..dipendekkan cerita aku suka tempat baru, environment baru, sistem baru, tugas baru, jawatan baru..semua OK tapi aku tetap tk leh lupakan dan tinggalkan kawan2 baik aku kat Jupem tu. Walaupun dorang tu boleh dikategorikan Otai tapi aku selesa n seronok sb ada org nk bg nasihat, sokongan, dorongan dan pendapat yang baik2 pada aku. Kat CIDB lak keliling aku majoriti org muda yang lebih kurang sebaya dgn aku.

Share