Friday, January 14, 2011

Majlis Persaraan dan Sambutan Hari Jadi

Pada hari ini satu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Ukur sempena persaraan En. Abdul Hamid sebagai ketua aku. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan majlis tersebut termasuklah ada di antara kami terpaksa menipu En. Hamid dengan tujuan untuk memberi kejutan istimewa kepada beliau termasuklah membuat persembahan dikir barat. Apa yang menarik di dalam majlis ini turut diadakan sambutan hari jadi kepada semua kakitangan yang lahir pada bulan Januari termasuklah aku. Terdapat 6 orang yang menyambut hari lahir pada bulan ini termasuklah aku. Mood ~ sangat happy!!

1st time tiup lilin dgn otaimer..hehee
aku sorg je mude kat situ..bangga la pulak.
Share

Perkenalan pertama

Aku telah mula berkawan dgn Ina semenjak dari zaman sekolah iaitu semasa kami sama-sama di tingkatan 4 dan 5. Pada mulanya kami sekadar berkawan atas sebab pelajaran, tetapi bak kata orang tua-tua hati tidak boleh menipu kami berdua telah menyimpan perasaan untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat lagi tetapi disebabkan kami perlu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran maka kami pendam perasaan masing-masing sehinggalah kami menamatkan SPM dan berjaya melangkah masuk ke IPT. Aku secara peribadinya terpaut hati dengan Ina kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang. Ina juga merupakan pesaing aku di dalam kelas semasa peperiksaan. Alhamdulillah berkat usaha yang gigih semasa di tingkatan 4 semasa peperiksaan pertengahan tahun aku telah berjaya mendapat nombor 1 di dalam kelas, manakala Ina pula mendapat nombor 2...hehehe pada masa itu la saham aku tgh meningkat naik..ini merupakan pencapaian terbaik aku dalam zaman persekolahan. Susah tu nk dapat nombor 1...sebelum2 ni paling bgus pun dpt nombor 10 je.. Share

Thursday, January 13, 2011

New Year 2011..New Life

Satu permulaan...
setelah hmpir 7 tahun bkwn akhirnya jd milik aku gk..
bulan 6 InsyaAllah kami naik pelamin..hihi
ni la mak cik siti dan pak cik enal, aku dah anggap dorg bdua ni mcm mak dan ayah aku sendiri..byk prk yg dorg dah tolong family aku. Jasa kalian bdua dikenang sampai bila2.Gmbr ni di ambil slps selesai mjlis pertunangan kami.
Seperti yang dijanjikan tanggal 1hb Januari 2011 telah diadakan satu perbincangan di antara kelurga aku dan keluarga Ina untuk menetapkan tarikh perkahwinan kami berdua. Kami berdua telah mengikat tali pertunangan pada 11hb September 2010 bersamaan 2hb Syawal 1431 hijrah dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 4hb Jun 2011 bersamaan 2hb Rejab 1432 hijrah. Maka bermulalah rentetan perjalanan hidup aku menuju ke satu fasa baru... Share