Wednesday, February 16, 2011

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2011

Alhamdulillah agk lama jgk tk update blog ni maklum la sibuk buat forum, percubaan demi percubaan aku dah buat akhirnya berjaya jugak aku buat forum tu walaupun masih tk complete lagi. Byk yg aku tk faham lagi pasal nk create forum tu tp aku tetap cuba buat setakat mana yang boleh dulu laa..Aku masih berfikir apa intipati atau isi kandungan yang sesuai untuk forum tu. Forum tu aku buat sendiri untuk kepuasan diri semata-mata je di samping nk menjana side income. Boleh la wat top up duit poket mana yang tk cukup tu nnt lagi pun aku baru je join Bio-asli. Best gak Bio-asli nih.. Kalau korg free boleh lawat forum aku di http://bio-asli.forums2u.com/,  sudi -sudi lah mendaftar yek?

Ok lah semalam 12 Rabiulawal telah berlangsung satu majlis perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Perarakan bermula dari Masjid Putra ke Masjid Besi. Lebih kurang 12000 orang yang hadir semalam. Sebanyak 147 kontinjen dari pelbagai agensi dan jabatan telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut. Tidak terkecuali pelajar sekolah dan pelajar IPT turut mengambil bahagian. Tema untuk tahun ini ialah 1 Malaysia 1 Ummah.

Apa yang menarik?? terdapat sesuatu yang istimewa semalam di mana salah satu anugerah tokoh Maulidur Rasul diberikan kepada seorang pelajar perempuan berbangsa cina. Nak tau kenapa? dia dapat A dalam Bahasa Arab (Komunikasi) perghhh!! mmg hebat la..rasa tercabar pun ada gk. Bayangkan dia leh speaking arab tu..Bahasa arab adalah bahasa Al-Quran, confirm kalau dia tgk Al-Quran dia boleh faham maksudnya. So..kita ni yang melayu dan islam mcm mana pulak?? tepuk dada tanya selera..bangsa lain minat dgn bahasa arab boleh score lak tu. Ok la kat sini ada la beberapa gambar yang sempat aku copy drp photographer kitorg. Kontinjen JUPEM baju warna pink pekat mmg myerlah betul semalam. Hehehee



Segak2 belaka

berjalan penuh bergaya walaupun tau tk menang..hehee
Semua dok perasan kamera fokus konon muka dpt msk tv la tu..

Pantang ada peluang semua nk posing walaupun panas terik

Buat hal sendiri sebab tk nk masuk dlm masjid. Crowded giler..
Share

No comments: