Friday, January 14, 2011

Perkenalan pertama

Aku telah mula berkawan dgn Ina semenjak dari zaman sekolah iaitu semasa kami sama-sama di tingkatan 4 dan 5. Pada mulanya kami sekadar berkawan atas sebab pelajaran, tetapi bak kata orang tua-tua hati tidak boleh menipu kami berdua telah menyimpan perasaan untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat lagi tetapi disebabkan kami perlu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran maka kami pendam perasaan masing-masing sehinggalah kami menamatkan SPM dan berjaya melangkah masuk ke IPT. Aku secara peribadinya terpaut hati dengan Ina kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang. Ina juga merupakan pesaing aku di dalam kelas semasa peperiksaan. Alhamdulillah berkat usaha yang gigih semasa di tingkatan 4 semasa peperiksaan pertengahan tahun aku telah berjaya mendapat nombor 1 di dalam kelas, manakala Ina pula mendapat nombor 2...hehehe pada masa itu la saham aku tgh meningkat naik..ini merupakan pencapaian terbaik aku dalam zaman persekolahan. Susah tu nk dapat nombor 1...sebelum2 ni paling bgus pun dpt nombor 10 je.. Share

No comments: